Saturday, March 28, 2009

semuanya terlalu bermakna...

Bismillah...

Aku tidak dapat menahan rasa terharu di jiwa...aku tidak tahu bagaimana hendak meluahkan pada sesiapa kerana tiada siapa yang mungkin mengerti...aku jatuh rebah menyerah padaMu ya Allah yang menciptakan segalanya lalu dengan rahmat kasih sayangMu Engkau wujudkan rasa di hati ini...aku terlalu bersyukur dengan nikmat dan perjalanan hidupku yang Engkau tetapkan...aku akui itulah yang terbaik untuk diriku...dan hanya Engkau yang mengetahuinya...jika tidak Engkau jadikan segala pengalamanku ini, tidak mungkin aku menjadi diriku kini...segala pujian bagiMu ya Allah...
setiap detik ku memikirkan jika ada waktu yang melarikan fikiranku dariMu, janganlah biarkan ia berlari jauh...bawakanlah ia semula ke jalan yang sebenarnya, yang Engkau redhai...kerana aku tahu itu lebih baik buat diriku, walaupun ranjaunya berduri. Ku kini lebih tabah. Lebih sabar. Lebih redha. Lebih memahami erti cinta sebenar-benarnya...
Jika tidak Engkau temani aku dalam perjalanan kehidupanku selama ini, apakah erti semuanya...sememangnya sia-sia. Engkaulah satu-satunya yang berada bersamaku setiap masa, setiap detik, setiap denyutan jantungku....hanya Engkaulah yang menemaniku setiap masa, mendengar rintihan hatiku yang langsung tidak bersuara...Engkau Maha Kuasa..Maha Agung...
Kini aku risau...aku khuatir kepulanganku ke Malaysia mungkin membuatku jauh dariMu...aku akan berada di keliling orang ramai..dan mungkin aku tidak dapat berfikir seperti sekarang. Aku akan sibuk dengan kerja...dan masaku akan diisi dengan segala tanggungjawab...tetapi ya Allah, janganlah Engkau tarik perasaan dekat padaMu ini setiba aku di tanah air nanti...janganlah biarkan perkara-perkara lain menjauhkan diriku daripadaMu...janganlah ada sesuatu yang mencuriMu daripadaku...aku tidak akan mampu...itu aku terlalu pasti dan tidak mungkin dapat ku merasa gembira, andai semua perasaan ini Engkau tarik dariku...
Mungkinkah aku akan terus berjalan sambil mengingatiMu...mungkinkah aku akan terus menikmati keindahan alam lalu terfikirkanMu...mungkinkah aku akan menghirup udara segar di pagi yang mendung lalu mengingatiMu...mungkinkah dapatku merasa lagi angin sejuk membeku di musim salji semasa ku menuruni bukit lalu merasakan betapa besarnya kuasaMu....mungkinkah aku dapat menjadi seorang yang lebih bersyukur....
Aku tahu, keadaanku yang bersendiri di sini yang membolehkan aku merasa semua ini...kerana bila insan itu sendiri, ia pasti akan mencari sesuatu...sesuatu yang paling bermakna buat dirinya...iaitu Penciptanya...aku pasti merindui jalan-jalan yang menyaksikan zikirku padaMu...burung-burung yang menyanyi setibanya musim bunga yang masih belum habis dicelah-celah musim salji...salji yang turun dan meninggi..lalu menghasilkan kilauan cahaya bak permata yang putih berseri...perasaan ku bersamaMu di ketika menentang arus perjalanan di kalangan 'mereka' (mungkinkah mereka bakal sedar akan kekuasaanMnu...?)...perasaan yang membuatkan ku terasa seperti hanya berada bersamaMu walaupun dalam keramaian itu...Mungkinkah akan ku dapat semua ini lagi ya Allah? kerana aku meninggalkan Malaysia dalam keadaan aku jahil tentang semua ini...seolah-olah tidak pernah mendapat kesedaran dan cahaya itu....mungkinkah kepulanganku kali ini mengubah semua ini? walaupun terlalu gembira aku mengharapkan saat bersama keluarga, namun aku risau...risau akan kehilanganMu dari hatiku...janganlah ya Allah...tetapkanlah keadaanku begini...biarlah ku terpaksa menentang arus ...biarlah semua orang mengata padaku..biarlah aku bersedih dan menangis..biarlah aku miskin...biarlah seindah mana dunia ini mencari mangsanya...biarlah aku sendirian...asalkan ku tetap berpegang padaMu, ditemaniMu setiap waktu...janganlah Engkau benarkan apa-apa atau sesiapa mencuriMu dari hatiku.............kerana ku tahu di situ ku takkan mampu...takkan mungkin mampu....walau untuk seketika...

Friday, March 20, 2009

perasaan yang kian mendalam..

Bismillah,

Aku sedar segala perasaan ini akan datang dan pergi..aku memaksa diriku untuk biarkan ia pergi...walaupun jauh di sudut hatiku, aku tahu bahawa ia tetap dan takkan mungkin berubah...aku memaksa diriku menafikan semua yang tersembunyi di dada agar ia tidak terbit dan terus dilayani...aku sedih, kecewa apabila dia seolah-olah tidak ada perasaan terhadapku...aku menangis bila memikirkan seolah-olah aku sahaja yang memerlukannya...aku merintih pedih bila terasa tiada siapa di sisiku...sekali lagi, aku TEWAS. Secara warasnya, siapakah aku ini untuk bersedih dan kecewa apabila dia tidak menyatakan perasaannya terhadapku...adakah aku berhak menerima kasih sayangnya dalam keadaan begini; yang belum lagi halal buatku...adakah aku berhak memerlukannya sedangkan dia hanya seorang lelaki yang tidak pernah ku temui dan belum menjadi suamiku..berhakkah aku untuk merintih pedih kerana terasa ingin seseorang di sisiku sedangkan aku tak mampu melakukan apa2 buat masa ini...siapakah aku untuk merasa disisihkan apabila dia tidak memberitahu bahawa dia sedang sakit dan siapakah aku untuk merasa tidak diperlukan di saat aku belum menjadi isterinya...terlalu pedih perasaan ini...pedih lagi untuk menafikannya...aku tahu hakikatnya adalah dia tidak mahu semuanya tercemar dengan kemesraan yang tiada redha-Nya, restu-Nya...aku pun begitu..namun sesekali aku pasti terasa ingin menggapai kasihnya itu...dan apabila ku gagal, pasti ku kecewa...tapi kecewa pada dasar yang salah? tidakkah aku patut bersyukur bila dia tegas seperti itu? bukankah aku sendiri yang tidak mahu menghubunginya untuk mengelakkan segala perasaan...aku keliru..keliru dengan perasaan hati sendiri...semuanya hanyalah ujian dari Allah untuk menguji sama ada aku benar2 kuat dalam mengharungi lautan penuh ombak mengganas...aku sedar, setiap apa yang dilakukan itu bukanlah bukti dia tidak mengambil berat tentangku..apatah lagi membenciku...tetapi mungkin kerana dia terlalu sayang padaku dan tidak mahu aku dan dia jatuh ke jurang yang dalam...aku bersyukur...dan gerakan hatinya itu sememangnya dari Allah...dan Allah sendiri tidak mahu aku terjatuh sekali lagi...kasih sayang Allah itu terlalu meluas...tetapi mengapa terlalu sedikit aku bersyukur...peringatan dari Allah itu sentiasa ada...tetapi mengapa aku terlalu lalai dan alpa...pintu rahmat Allah itu sentiasa terbuka...tetapi mengapa jarang2 aku mengambil peluang memasukinya...ya Allah...ampunkanlah hatiku yang sentiasa ingin dikasihi dan mengasihi...ampunkanlah aku bila aku terlalu mencintainya..dan makbulkanlah niatku agar dapat ku melayari bahtera kasih sayang itu dengan redha-MU di sisiku...ku terlalu mengharapkanMu...

Wednesday, March 18, 2009

tERRpaKu

bismillah..

aku sungguh terpaku sebenarnya bila memikirkan tentang perkahwinan..adakah ianya sesuatu yang salah? ataupun bercakap tentang ingin berkahwin pada usia ini menunjukkan seseorang itu terlalu 'desperate'? aku bingung sebentar. Jadi, adakah segala aktiviti 'bercouple' itu halal dan tidak menuju ke arah maksiat? Aku berfikir lagi. Aku tidaklah kisah seandainya seseorang itu menentang perkahwinan di usia muda jika dia sendiri tidak memiliki apa2 perasaan pada siapa2...tetapi yang aku tak dapat menerima adalah apabila melihat gelagat mereka yang sedang dalam hubungan tetapi menentang keras apabila digalakkan untuk bernikah sahaja. Aku sedar..siapalah aku utk berbicara tentang semua ini, tetapi niatku sudah lama terkubur untuk meniti hari yang bahagia itu...ia satu perkara yang mulia dan diredhai oleh Allah...jadi apabila sudah terbit perasaan antara seorang wanita dan lelaki, bukankah satu-satunya cara untuk menghalalkan semua itu adalah dengan pernikahan? ku mengerti, mungkin ada yang menyatakan masalah kewangan..tetapi bukankah Allah pasti mencukupkan rezeki bagi hambaNya yang bernikah demi-Nya...itu adalah janji Allah...dan janji Allah itu pasti benar....

sungguh... andai ditanya bab percintaan...sudah cukup bagiku dan aku mohon pada Allah agar tidak lagi ku terpaksa meredahi fasa demi fasa dalam mencari pasangan hidupku...buat pertama kalinya aku merasakan bahawa aku tak terlalu merisaukan perkara ini..setelah mengenali dirinya, aku seolah-olah merasa begitu yakin akan janji Allah...dan aku tidak huru hara lagi dalam memastikan cinta itu milikku...kerana ku sedar bahawa segala cinta adalah milik-Nya...dan ku hanya perlu berdoa dan yakin pada janji-Nya itu...personalitinya sungguh memikat kalbuku, terutamanya kelembutan paras rupanya...apatah lagi bila mendalami dirinya yang begitu tegas dalam menjaga agama. Aku juga telah menjadi ujian baginya, aku pasti..kerana aku terlalu ingin bermanja dan bermesra apabila aku sudah menyayanginya...tapi aku tahu, itu bukanlah jalan yang betul untukku...dan seandainya aku ingin kesucian dalam hubungan ini, aku mesti mengelak sama sekali semua ini, terutamanya berfikir tentangnya...aku berusaha, dan aku tahu Allah melihat segalanya...dan aku dapat merasakan Allah itu dekat denganku dan memberi pertolongan kepadaku...sungguh benar kata2 "apabila kita berusaha melakukan sesuatu kerana Allah, pasti Allah akan mencukupkan semuanya untuk kita..". Allah itu terlalu adil. Dan tidak ada keraguan dalam keadilan-Nya. Allah itu Maha penyayang. Dan tidak ada kecacatan dalam kasih sayang-Nya. Allah itu Maha Mendengar. Dan tidak ada satu saat pun yang Dia tidak mendengar rintihan hamba-Nya. Sungguh, aku bersyukur dapat mengenali insan sepertinya kerana sungguh, aku telah penat, lelah, kecewa dalam mengatur percintaanku. Aku yakin sememangnya cinta ini bukan dipaksa apatah lagi direka...tetapi semata-mata ditakdirkan oleh Allah untuk aku dan dia...dan walaupun kini aku terus mendiam seribu bahasa daripada berdoa untuk dijodohkan dengannya, aku pasti Allah lebih mengetahui apa yang tersembunyi di benak hatiku...dan sungguh aku tak dapat menipu hati sendiri kerana di situ letaknya cinta kerana Dia....di hatiku yang bisu tetapi berbicara...yang lumpuh tetapi mampu mengeluarkan air mata...yang sepi tetapi tetap ada yg melewatinya...yang dahaga tetapi tetap ada minumannya...yang nampak suram tetapi tetap tersenyum...hanya Allah yang mengetahui semuanya...dan bagaimanakah masih aku boleh mengingkari suruhan-Nya sedangkan hanya Dia yang sentiasa bersamaku...setiap detik, setiap saat, setiap denyutan jantungku....

hmm gatal2 (bukan miang!)

Bismillah..

i dunno why my hands are getting worse...it itches all over my 'tapak tangan' hehehe...yesterday it wasn't so bad...but now i think i really need some medication..coz sudah kekebasan..hmmm nyway, maybe tanda nak suruh tulis banyak2 dlm blog ni..he he he..setiap penyakit tu kan ada sebabnya..dan mungkin sebabnya adalah Allah wants me to be patient...kalau nak dibandingkan dengan penyakit2 yang lagi teruk, apa la sangat penyakit yg ada padaku ni..sungguh ku bersyukur dengan segala yang telah diberikan Allah...tak ternilai segalanya...apa lah salahnya aku bersabar dengan sesuatu yang diuji-Nya kerana pasti ada hikmah di sebalik segala...

Tuesday, March 17, 2009

2 beautiful songs..

Two songs out of so many that i'm currently listening to..just love the lyrics~
Segenggam Tabah...
Bertali arus dugaan tiba

Menakung sebak airmata
Namun tak pernah pun setitis
Gugur berderai di pipi
Tidak ditempah hidup sengsara
Suratan nasib yang melanda
Menongkah badai bergelora
Diredah bersendirian
Bagaikan camar pulang senja
Patah sayapnya tetap terbang jua
Sekadar secicip rezeki
Buat yang sedang rindu menanti
Segenggam tabah dipertahankan
Buat bekalan di perjalanan
Kau bebat luka yang berdarah
Kau balut hati yang calar

Telah tertulis suratan nasibmu
Derita buatmu ada hikmahnya
Terlukis senyum di bibir lesu
Tak siapa tahu hatimu
Biarpun keruh air di hulu
Mungkinkah jernih di muara
Biarpun jenuh hidup dipalu
Pasti bertemu tenangnya

Damba KasihMu
Semakin jauh ku dari-Mu
Semakin dekat pula Kau menghampiri daku
Oh, Tuhan Yang Maha Pengasih
Siapalah diriku di pandangan-Mu

Semakin cuba ku dekati
Semakin kuat pula Kau mendugai aku
Oh, Tuhan Yang Maha Sempurna
Kerdilnya diriku di hadapan-Mu

C/O
Bagaimanakah nantinya tika berhadapan dengan-Mu
Sudikah Kau menerima hamba-Mu yang hina ini
Ya Allah Kau Maha Pengampun

Di bayangan mentari aku kealpaan
Dusta dunia penuh kepura-puraan
Di kala dini hari aku kepasrahan
Mendamba jernih embun kasih sayang-Mu Oh Tuhan

Andainya dihitung amalanku
Belum pasti dapat ku hampiri gerbang syurga-Mu
Oh Tuhan Yang Maha Pemurah
Hindari diriku dari siksa-Mu… Oh Tuhan

Kasih sayang-Mu Tuhan
Itu yang ku dambakan
Dengan rahmat-Mu ampunilah diriku..


the 3rd trial?

Bismillah..
well..i dunno how many times my blog wants to 'run' away from me..or maybe 'kidnapped' from me...nyways, i hope it sticks with me this time..this is just testing..might continue just a little bit later...;)

hrmm..i'm actually on spring break right now...and as much as i feel i have nothing to do, i doo seriously have a LOT going on in my mind. And I mean a LOT. so just to list a few (this is not complaining--i'm just reminding myself:p)...i have all the school work..ranging from OTM 300...oh wait, let me list them in numbers..that would make it easier for my planning too...hehe
1. OTM-300, need to do some research for the project which is due like 2 weeks after this break..and by this sunday i need to give some sort of outline for the articles i've read..hmm..when do i start?
2. i have econ 301 homework (problem set # 7) to finish..i almost started it today thinking that we will be going out on tuesday and wednesday...hmm but i didn't actually start that...so...? no comment.
3. Real Estate 306....hrm next week maybe?
4. philosophy? catch up readings? weee so much to do yet i can still write this blog..he he he
5. act sci 653? the hardest and most complicated subject of the year award..i just need a break! heee
6. so all these are on my mind right now, but there are also other stuff...(not related to academic stuff..here goes....going back to malaysia in about 2 months..shipping? subletting the apartment? if i don't find a sublettor (did i spell that correct?) i will need to pay like $1000+? huuu...after settling with going back..work work work? what job will i venture into? getting married? hrmm stop right there. full stop.
ok..that is what usually goes around in my mind..i dunno why i just tend to think sooo much about stuff...even the deepest inquisitions ppl have..i even like to think what makes a person acts the way they do...sometimes i think tooo much about other ppl...maybe fAR TOO MUCH ;(
an advice to myself:
"every single thing that you are worried about is something normal to you...Allah grants that as a gift to you so that you are aware of everything that happens around you..so that you can be alert with whatever is waiting for you in the future...and with that, organizers don't ever work for you...even if you've bought them every semester..coz everything is just on your mind..you don't forget things easily, especially numbers!..and for that, you should not always think of all these things as a burden but something special that you possess...(alhamdulillah). And another thing, worrying about the future is probably a must..but you don't have to worry TOO MUCH..coz everything is planned out for you by Allah and even if you worry about it and plan so much for it, Allah's plan is the one that will always be the outcome...so as for your job, just pray for the best job and as long as it is halal and Allah grants His will for it, then you'll do fine...and about marriage...hmm...the same thing..just pray pray pray...Allah is always always always there to listen to every single thing that come out of you..even when your mouth is shut...;)"

hee talking to myself sounds crazy sometimes...but this is usually what i do through writing...