Tuesday, April 7, 2009

post-Real Estate-exam

Bismillah..

Hari ini aku selesai 'midterm Real Estate' setelah bertungkus lumus menelaah semuanya..terima kasih ya Allah kerana menemaniku sentiasa...walau kerisauan menggunung tinggi, ku tetap berserah dan bertawakkal kepadaMu...aku telahpun berusaha untuk semua...dan aku terlalu bersyukur dengan apa yang ada...apalah daya diri ini untuk mengatasi takdirMu...jika sememangnya baik untukku, pasti akan Engkau hadiahkan keputusan yang cemerlang. Seandainya bukan milikku kemenangan kali ini, janganlah Engkau wujudkan rasa kekecewaan yang tidak berakhir...aku sedar, dalam apa jua sekali pun perlakuan manusia, semuanya akan kembali berkait denganMu...tidak ada satu pun yang terjadi tanpa ada signifikan yang membuatku akan terfikirkanMu...setiap apa yang aku lalui, pasti aku sedar bahawa ia adalah dariMu...terutamanya bila aku menghadapi peperiksaan...aku gentar. dan aku pasti akan kelam kabut memikirkan bagaimana jika aku gagal. Tetapi adakah aku berfikir sedahsyat itu apabila mengharungi ujian dariMu? bukankah aku sepatutnya lebih mahu berjaya dalam ujian 'hidup' yang Engkau berikan selama ini...aku sedar, segala markah2 ujian dan peperiksaan di sekolah, kolej, dan universiti hanyalah sebagai jalan cerita. Memanglah ia penting untuk mendapat pekerjaan dan sebagainya..namun apakah erti berjaya mendapat 90++ dlm peperiksaan tetapi tidak dapat bersyukur..apakah ertinya berjaya mendapat markah paling tinggi tetapi tidak dapat mengaitkan rahmatMu yang ada di sebalik kejayaan itu...apakah ertinya kejayaan itu tanpa ada pengorbanan semata-mata keranaMu?

Dahulu...aku sering belajar kerana mahukan keputusan yang cemerlang. Namun kini, setelah Engkau berikanku kesedaran, aku masih berusaha dalam mencari ilmu, dan aku masih bertungkus lumus menelaah pelajaran..namun, niatku telah berubah sama sekali. Aku menjadi yakin bahawa jika aku berusaha keranaMu, pasti akan ku kecapi kejayaan. Kejayaan itu bukan bererti kejayaan dalam masa terdekat semata-mata..tetapi kejayaan yang ku harapkan ini adalah kejayaan di akhirat nanti..Kini, aku sentiasa pasrah terhadap apa sahaja yang terjadi, walau kadangkala terbit rasa kecewa di hati. Maksud Islam itu sendiri adalah menyerah diri pada yang Esa..jadi...bukankan menjadi kewajipan untukku sentiasa terima apa sahaja yang Engkau tetapkan...

aku kan sentiasa menerima dengan redha..apa sahaja yang Engkau tetapkan buatku...tetapi tunjukkanlah bagiku jalan yang lurus..dan janganlah Engkau pesongkan jalan itu, sesudah Engkau luruskan untukku....amiin

No comments:

Post a Comment