Sunday, June 20, 2010

Reminder for today,..

Sesungguhnya Allah itu sentiasa menguji...mungkin manusia itu diuji kerana dosa-dosanya yang lalu, atau mungkin diuji kerana Allah mengasihinya...

dan apabila seseorang itu dianugerahkan dengan pelbagai jenis rezeki yang melimpah ruah, tidaklah sentiasa bererti bahawa dia dikasihi Allah kerana mungkin anugerah itu juga boleh jadi satu bentuk ujian untuk manusia menyedari kuasa Allah...

dan apabila seseorang itu diberi pula segala bentuk kekurangan rezeki, harta, dan segala jenis kekurangan, tidak pula sentiasa bererti bahawa Allah murka padanya..kerana kekurangan itu lebih membuatkan manusia mencari yang Maha Esa berbanding dengan kemewahan yang pasti melekakan dan membuat manusia alpa..

Maka apabila sesuatu kegembiraan atau kesedihan itu menimpa kita, ingatlah sentiasa pada Allah, kerana tiada apa yang kekal lamanya, berbanding dengan Dia yang tiada mengenal erti noktah dalam ilmu dan kekuasaan-Nya.

No comments:

Post a Comment