Tuesday, July 27, 2010

bila cinta tak lagi bermakna...

kadang-kadang susah nak buat setiap orang di sekeliling kita gembira. susah nak ikut rentak setiap orang...sampaikan selalunya diri kita yang terpaksa mengikut kehendak orang lain dan mengabaikan kehendak diri sendiri...

kadang-kadang sukar untuk buat orang faham diri kita, lantas kita berkorban demi memahami orang lain...bukan sengaja utk menyakitkan hati org, tapi dalam realiti tu mmg orang sakit hati dgn kita...kadang-kadang kecewa sbb tak dapat nak buat orang gembira dengan kita, tapi jiwa sendiri memerlukan perhatian juga..

baru-baru ni rasa bersalah sbb tak dpt nak tolong seseorang, disebabkan kesibukan diri sendiri...rasa bersalah jugak bila tak dapat nak meluangkan masa terutamanya bersama keluarga dan mungkin dengan cara/kelakuan sendiri buat mereka terasa...

tapi kalau diri sendiri tak dapat menguatkan hati untuk menempuh semua ni, taktaula apa nak jadi...sbb takde orang pun akan tolong...

apa2 pun semuanya takkan ada sorang pun yang mengerti...diri kita masing-masing menempuh segala dugaan yang unik dan diberi oleh Allah untuk kita sedar bahawa hanya Allah yang mengerti semua pada setiap masa....tiada satu manusia pun yang mengerti walau mcm mana kita mengadu sekalipun...kerana hanya Allah yang dapat mengambil watak itu...

akhir sekali, nk mintak maaf kat semua yang pernah disakiti sama ada secara sengaja atau tidak...dari ini diriku sgt sedar bahawa selalunya yang kita tak sengaja menyakitkan itulah yang buat kita lagi dekat dengan Allah...kerana hanya Dia yang faham, DIa yang tahu kenapa kita terpaksa melakukan apa yang kita perlu lakukan...

hanya Allah yang mengerti sepenuh-penuhnya...

No comments:

Post a Comment