Friday, March 20, 2009

perasaan yang kian mendalam..

Bismillah,

Aku sedar segala perasaan ini akan datang dan pergi..aku memaksa diriku untuk biarkan ia pergi...walaupun jauh di sudut hatiku, aku tahu bahawa ia tetap dan takkan mungkin berubah...aku memaksa diriku menafikan semua yang tersembunyi di dada agar ia tidak terbit dan terus dilayani...aku sedih, kecewa apabila dia seolah-olah tidak ada perasaan terhadapku...aku menangis bila memikirkan seolah-olah aku sahaja yang memerlukannya...aku merintih pedih bila terasa tiada siapa di sisiku...sekali lagi, aku TEWAS. Secara warasnya, siapakah aku ini untuk bersedih dan kecewa apabila dia tidak menyatakan perasaannya terhadapku...adakah aku berhak menerima kasih sayangnya dalam keadaan begini; yang belum lagi halal buatku...adakah aku berhak memerlukannya sedangkan dia hanya seorang lelaki yang tidak pernah ku temui dan belum menjadi suamiku..berhakkah aku untuk merintih pedih kerana terasa ingin seseorang di sisiku sedangkan aku tak mampu melakukan apa2 buat masa ini...siapakah aku untuk merasa disisihkan apabila dia tidak memberitahu bahawa dia sedang sakit dan siapakah aku untuk merasa tidak diperlukan di saat aku belum menjadi isterinya...terlalu pedih perasaan ini...pedih lagi untuk menafikannya...aku tahu hakikatnya adalah dia tidak mahu semuanya tercemar dengan kemesraan yang tiada redha-Nya, restu-Nya...aku pun begitu..namun sesekali aku pasti terasa ingin menggapai kasihnya itu...dan apabila ku gagal, pasti ku kecewa...tapi kecewa pada dasar yang salah? tidakkah aku patut bersyukur bila dia tegas seperti itu? bukankah aku sendiri yang tidak mahu menghubunginya untuk mengelakkan segala perasaan...aku keliru..keliru dengan perasaan hati sendiri...semuanya hanyalah ujian dari Allah untuk menguji sama ada aku benar2 kuat dalam mengharungi lautan penuh ombak mengganas...aku sedar, setiap apa yang dilakukan itu bukanlah bukti dia tidak mengambil berat tentangku..apatah lagi membenciku...tetapi mungkin kerana dia terlalu sayang padaku dan tidak mahu aku dan dia jatuh ke jurang yang dalam...aku bersyukur...dan gerakan hatinya itu sememangnya dari Allah...dan Allah sendiri tidak mahu aku terjatuh sekali lagi...kasih sayang Allah itu terlalu meluas...tetapi mengapa terlalu sedikit aku bersyukur...peringatan dari Allah itu sentiasa ada...tetapi mengapa aku terlalu lalai dan alpa...pintu rahmat Allah itu sentiasa terbuka...tetapi mengapa jarang2 aku mengambil peluang memasukinya...ya Allah...ampunkanlah hatiku yang sentiasa ingin dikasihi dan mengasihi...ampunkanlah aku bila aku terlalu mencintainya..dan makbulkanlah niatku agar dapat ku melayari bahtera kasih sayang itu dengan redha-MU di sisiku...ku terlalu mengharapkanMu...

No comments:

Post a Comment