Wednesday, March 18, 2009

tERRpaKu

bismillah..

aku sungguh terpaku sebenarnya bila memikirkan tentang perkahwinan..adakah ianya sesuatu yang salah? ataupun bercakap tentang ingin berkahwin pada usia ini menunjukkan seseorang itu terlalu 'desperate'? aku bingung sebentar. Jadi, adakah segala aktiviti 'bercouple' itu halal dan tidak menuju ke arah maksiat? Aku berfikir lagi. Aku tidaklah kisah seandainya seseorang itu menentang perkahwinan di usia muda jika dia sendiri tidak memiliki apa2 perasaan pada siapa2...tetapi yang aku tak dapat menerima adalah apabila melihat gelagat mereka yang sedang dalam hubungan tetapi menentang keras apabila digalakkan untuk bernikah sahaja. Aku sedar..siapalah aku utk berbicara tentang semua ini, tetapi niatku sudah lama terkubur untuk meniti hari yang bahagia itu...ia satu perkara yang mulia dan diredhai oleh Allah...jadi apabila sudah terbit perasaan antara seorang wanita dan lelaki, bukankah satu-satunya cara untuk menghalalkan semua itu adalah dengan pernikahan? ku mengerti, mungkin ada yang menyatakan masalah kewangan..tetapi bukankah Allah pasti mencukupkan rezeki bagi hambaNya yang bernikah demi-Nya...itu adalah janji Allah...dan janji Allah itu pasti benar....

sungguh... andai ditanya bab percintaan...sudah cukup bagiku dan aku mohon pada Allah agar tidak lagi ku terpaksa meredahi fasa demi fasa dalam mencari pasangan hidupku...buat pertama kalinya aku merasakan bahawa aku tak terlalu merisaukan perkara ini..setelah mengenali dirinya, aku seolah-olah merasa begitu yakin akan janji Allah...dan aku tidak huru hara lagi dalam memastikan cinta itu milikku...kerana ku sedar bahawa segala cinta adalah milik-Nya...dan ku hanya perlu berdoa dan yakin pada janji-Nya itu...personalitinya sungguh memikat kalbuku, terutamanya kelembutan paras rupanya...apatah lagi bila mendalami dirinya yang begitu tegas dalam menjaga agama. Aku juga telah menjadi ujian baginya, aku pasti..kerana aku terlalu ingin bermanja dan bermesra apabila aku sudah menyayanginya...tapi aku tahu, itu bukanlah jalan yang betul untukku...dan seandainya aku ingin kesucian dalam hubungan ini, aku mesti mengelak sama sekali semua ini, terutamanya berfikir tentangnya...aku berusaha, dan aku tahu Allah melihat segalanya...dan aku dapat merasakan Allah itu dekat denganku dan memberi pertolongan kepadaku...sungguh benar kata2 "apabila kita berusaha melakukan sesuatu kerana Allah, pasti Allah akan mencukupkan semuanya untuk kita..". Allah itu terlalu adil. Dan tidak ada keraguan dalam keadilan-Nya. Allah itu Maha penyayang. Dan tidak ada kecacatan dalam kasih sayang-Nya. Allah itu Maha Mendengar. Dan tidak ada satu saat pun yang Dia tidak mendengar rintihan hamba-Nya. Sungguh, aku bersyukur dapat mengenali insan sepertinya kerana sungguh, aku telah penat, lelah, kecewa dalam mengatur percintaanku. Aku yakin sememangnya cinta ini bukan dipaksa apatah lagi direka...tetapi semata-mata ditakdirkan oleh Allah untuk aku dan dia...dan walaupun kini aku terus mendiam seribu bahasa daripada berdoa untuk dijodohkan dengannya, aku pasti Allah lebih mengetahui apa yang tersembunyi di benak hatiku...dan sungguh aku tak dapat menipu hati sendiri kerana di situ letaknya cinta kerana Dia....di hatiku yang bisu tetapi berbicara...yang lumpuh tetapi mampu mengeluarkan air mata...yang sepi tetapi tetap ada yg melewatinya...yang dahaga tetapi tetap ada minumannya...yang nampak suram tetapi tetap tersenyum...hanya Allah yang mengetahui semuanya...dan bagaimanakah masih aku boleh mengingkari suruhan-Nya sedangkan hanya Dia yang sentiasa bersamaku...setiap detik, setiap saat, setiap denyutan jantungku....

No comments:

Post a Comment